ibnu solehah flash

Sunday, March 24, 2013

Merindui Insan Tersayang...

Assalamualaikum..
setelah sekian lama tidak berblog ni rindu plak rasanya..

Ramai yang bertanya syuhada tak teringin ke ada abang??? hmmm... perlu ke.. werkkk

This is my answer..

Saya ada abahlong yg sntisa pggl sy awek & selalu tnya nk kawen nanti hantran berapa... hehehe
Pak Ngah tmpat sy selalu minx duit... Pak Lang suka bawa jalan2 p rumah kawan dia... Pak Jang pulak hadiahkan rantai emas... Ayah Mi pula mengurut tangan saya bila saya tangan terkehel... kalau tahu saya sakit cepat2 bawa p jumpa dukun... hehehe macam2 dan yang paling penting saya ada abah yang ensem dan Abul Laith yg sntiasa teman saya ssh & senang... (^_*)

Jadinya, Allah da sediakan abang2 diatas nie untuk saya... x perlu lagi... hehe Rindu abang3 semua yg perut bulat... Mereka kaya dengan kasih sayang...

Sunday, November 20, 2011

HilanGnYa SemanGat..

mggu nie final exm sbjk killer... png la.. akaun +law.. kira2 dan hafal.. bru skrg rasa bnr2 exm.. huhu dgn pelbgai masalh yg dihdpi lg.. urmmmmm... x pe kita msti kuat.. tika goyah kita harus kuat kerana kita pmbawa agama Allah.. jihad fisabibilah... ssghnya Allah sntasa bersma kita.. la tahzan...hehe nape ye bla sesorg itu ad mslh msti buat muka o x lyn kita dn mrh pd kita??? spttnya kita kna snym.. kita kna pk owg lain lg bnyk mslh dr kita.. be a profesional jgn ikt emosi.. jgn kita sakiti hati owg lain (bak kata mk cik yg selalu g surau)... walaupn bnda itu baik..

Wednesday, November 9, 2011

BahaGia...

yaAllah ak bhgia sgala nkmt,rhmat, kasih sayg yg engkau berikan kpdku... YaAllah engkau ampnkan la dosa hambaMU yg kerdil ini diatas sgla dosa2ku yg dulu dan akn dtg.. berikan la ak kekuatan mghadpi ujianMU... terima ksh krna kau hntarkan tmn untuk mmbantu... tmanku.. mujr ad tman yg mmbantu skngan mu buat inspirasi berpgglah pd jnji2 yg dibina... kita hnya mampu berusha.. Allah yg mntukanNya..

Bahagia...

duhai kekasih cuba kau bc..
sbnrnya ak mrasa sinar chaya yg gmilang ktka kau beriku harapan dan ku doakan agr hbgn yg terbina dirahmat.. kerana ak kan pdhnya khlg teman sprti mu.. ku hrpkan hbngn kita kekal hngga ke syurga.. terima ksh krana sntsa disisiku saat ssh dan sng...

Monday, August 22, 2011

Jom buat check lists amal ibadah kita!


1) Solat Fardhu : Lengkapkah segala-galanya?

First of all, adakah sudah cukup lengkap solat fardhu kita lima waktu setiap hari?
Kalau dah lengkap semak perkara-perkara lain pula yang berkait rapat dengan solat fardhu ini.
Adakah kita tunaikannya diawal waktu ataupun kita lengah-lengahkannya hingga ke akhir-akhir waktu?
Berjemaah kah kita sekiranya mempunyai peluang untuk berbuat demikian? Khusyukkah solat kita atau masih banyak perkara lain yang kerap bermain dikepala ketika menghadap-Nya?
Sedarkah kita bahawa, mereka yang dekat di sisi Allah dan dijanjikan Syurga adalah mereka yang pertama sekali menjaga amalan solat fardhu mereka?
Yang dimaksudkan dengan 'menjaga' solat fardhu ini bukanlah bermakna melakukannya sahaja tetapi ia juga kerap ditunaikan di awal waktu dan secara berjemaah.
Mereka yang beriman akan sentiasa menunggu-nunggu solat fardhu ini bagaikan menunggu detik untuk bertemu kekasih. Mereka solat dengan penuh khusyuk, seolah-olah mereka sedang berkomunikasi dengan Yang Maha Pencipta.

2) Solat-solat sunat: Sejauh mana kita sanggup melakukannya?

Adakah kita pernah menunaikan solat-solat sunat sepanjang hidup kita? Jika pernah, bagaimana halnya dengan solat sunat di sepanjang bulan Ramadhan ini?
Kerapkah kita melaksanakannya? Dan mampukah kita untuk meneruskan tradisi solat sunat ini setelah tamatnya Ramadhan?
Solat-solat sunat ini sebenarnya mempunyai pelbagai keistimewaan antaranya adalah untuk menampung kekurangan kesempurnaan solat fardhu kita.
Rasulullah S.A.W dan para sahabat banyak melakukan solat sunat terutamanya solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki Baginda kerana Rasulullah S.A.W terlalu lama berdiri menunaikan solat malam. Rasulullah yang telah dijanjikan Syurga pun tetap melakukan solat sunat setiap malam kerana cintanya terhadap Allah.
Jadi persoalannya di sini, cintakah kita kepada Allah? Jika cinta, mulakan lakukan solat sunat. Mulakan dengan sebulan sekali dan kerapkan hingga kita lali melakukannya setiap hari.

3) Membaca al-Quran : Syafaat yang pasti!

Al-Quran? Sedihnya terdapat generasi muda zaman sekarang yang mengaku Islam tetapi tidak tahu membaca al-Quran. Lebih sedih lagi ada yang mengaku tidak pernah buka dan pegang al-Quran! Salah siapa kah jika perkara ini terjadi?
Maka kita yang reti serba sedikit tajwid dan cara untuk membaca al-Quran ini harus bersyukur kerana Allah telah memberi nikmat kepada kita iaitu nikmat berupa al-Quran, syafaat yang pasti untuk kita di akhirat kelak!
Mari kita semak, sudah banyak mana kita baca al-Quran sepanjang Ramadhan ini? Jika sudah khatam alhamdulillah. Syukur. Tetapi boleh tak sekiranya kita teruskan amalan membaca al-Quran ini dimasa-masa akan datang? Semuanya bergantung pada hati.. sucikanlah hati.
Insya-Allah hati yang suci mudah untuk mendengar dan menyebut kalimah-kalimah Allah walau dimana dan bila-bila masa pun kita berada.
Dan sekiranya kita membaca al-Quran, adalah lebih baik jika kita baca sekali terjemahan-Nya agar kita lebih memahami maksud ayat-ayat yang di baca. Bukan kah itu lebih afdhal?

4) Bersedekah: Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. 

Bayangkan sebuah situasi yang begini:
Anda dan ahli keluarga anda sedang menjamu selera disebuah warung selepas menunaikan solat terawih di sebuah masjid berdekatan dengan kawasan perumahan anda.
Oleh kerana anda dan ahli keluarga cuma berbuka kurma dan air sebelum berterawih tadi, anda pun memesan segala macam jenis lauk pauk. Tomyam, udang sambal, sotong goreng tepung, ikan siakap tiga rasa dan banyak lagi.
Tiba-tiba sedang anda menjamu selera dengan penuh nikmat, seorang kanak-kanak lelaki datang dengan pakaian yang kusut masai membawa secawan plastik yang berisi duit kertas rm1 dan beberapa sen duit syiling.
Tujuan kanak-kanak itu datang ke meja anda adalah untuk meminta derma.
Ketika itu ada yang pasti berfikiran : Ah ini semua sindiket.. buat apa bagi?
Ada juga yang mungkin memberi ceramah perdana free kepada kanak-kanak itu.
Kan mudah jika kita hulurkan sahaja derma kepada dia? Samada sindiket atau tidak itu adalah urusan mereka yang bertanggungjawab dengan Allah S.W.T. Jangan kita berlagak sombong menduga manusia lain begini dan begitu.
Bagaimana jika kanak-kanak terbabit cuma jelmaan malaikat yang ditugaskan untuk menduga anda? Bil makanan anda mungkin mencecah ratusan ringgit. Apa salahnya menderma sedikit untuk mereka yang memerlukan?
Bila bulan Ramadhan juga ada banyak pihak yang tiba-tiba menjadi prihatin kepada nasib anak-anak yatim dan orang-orang kurang berkemampuan. Baguslah, alhamdulillah.
Tetapi yang tidak berapa bestnya apabila sumbangan derma kita yang mencecah puluhan ribu ringgit itu diwar-warkan di dalam TV1, TV2, TV3, TV9, TV7, TV HIJRAH, ASTRO dan segala macam saluran media. Popularitikah dicari atau keberkatan ilahi?
Ok. Cukuplah 4 dulu check lists kita untuk kali ini. Sedangkan sebenarnya masih banyak lagi amalan-amalan yang kita perlu semak samada cukup atau tidak, lengkap atau kurang lengkap, semuanya perlu kita muhasabahkan lagi.
Jadi macam mana amalan-amalan kita? Sudah elokkah semuanya? Lengkapkah persiapan kita menghadap Ilahi? Ataupun persiapan raya lebih lengkap?
Akhirat itu benar..
Syurga itu benar...
Dan Neraka itu benar...
Marilah kita sama-sama mengambil peluang sepuluh malam terakhir Ramadhan ini, MALAM YANG DIJANJIKAN BAGI SESIAPA YANG MENGHIDUPKANNYA UNTUK DIJAUHKAN DARI AZAB NERAKA INI untuk berdoa, dan memohon keampunan daripada Allah.
Marilah sama-sama kita mohon supaya diri kita dan keluarga kita, sahabat-sahabat kita, semua muslimin muslimat dijauhkan dari azab api neraka dan dilimpahkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.
YaAllah berila hambamu ini kekuatan untuk teruskan kehidupan dibumiMu... kau kuatkan dan keteguhan iman ni yaAllah...bkn ku minta mahligai yang mewah tetapi ckupla bagiku sebuah rumah yang sentiasa mengingatiMu dan memberi ketenagan hati... jika dia benar milikku dekatlah hatiku dengan hatinya dan satukanlah hati kami...jika dia bkn mlikku damaikan hati ini dengan ketentuan mu...sesungguhNYA engkau lbh mengetahui apa yang ada di hatiku... YaAllah ak bersyukur sgala nikmt dan rhmat yg enkau berikan kpd kami.... Amiin... insyaAllah..


Friday, April 22, 2011

Jangan beRseDih... waHai sahaBat...


Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.
01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.
02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.
03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.
04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.
05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.
07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.
08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.